Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang
dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika
dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi
merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam
lampin.
Apakah itu Ruam Lampin?
Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan
merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat
yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung,
kelangkang dan peha.
Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?
Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
- Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama.
- Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
- Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
- Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin.
No comments:
Post a Comment