Saturday, 7 May 2011

~~ KANSER PANGKAL RAHIM ~~

Kanser pangkal rahim atau serviks adalah sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser di dalam pangkal rahim seseorang wanita.  
Serviks dirujuk kepada apa sahaja struktur yang berbentuk seperti leher. Serviks  uteri membawa maksud leher uterus. Ia merupakan sebahagian dari rahim yang membuka ke arah faraj. Pangkal rahim dialas oleh dua jenis sel. Jenis pertama melapisi bahagian luar pangkal rahim dan jenis yang kedua melapisi bahagian dalam serviks. Di antara kedua-dua jenis sel ini terdapat satu persimpangan  yang dikenali sebagai  zon transformasi atau zon pertukaran. Di kawasan inilah sampel untuk ujian PAP smear diambil kerana di
sinilah biasanya berlaku perubahan yang dikenali sebagai displasia atau perubahan pra kanser dan terjadinya kanser.  

    Secara amnya, pertumbuhan kanser pangkal rahim atau serviks adalah perlahan  dan beransur-ansur. Peringkat pertumbuhan awal tisu pangkal rahim (pra kanser) atau displasia adalah sangat jelas. Semasa melalui peringkat displasia ini, tisu pangkal rahim mula mengalami perubahan dan ini boleh dikesan dengan pemeriksaan  PAP smear. 

    Sekiranya tiada tindakan diambil, sel-sel tidak  normal itu mampu menjadi karsinoma setempat (carcinoma in-situ atau CIS ) kemudiannya, Sel-sel kanser akan merebak ke tisu-tisu di sekitarnya dan ke bahagian-bahagian lain dalam badan. 

No comments:

Post a Comment