Saturday, 14 January 2012

~~ penyakit ASTHMA ~~

Serangan 'ASTHMA' pada kanak-kanak selalunya  bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa. Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap 'ASTHMA' akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun. Bagi kanak-kanak menghidap 'ASTHMA' yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 – 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 – 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh. Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat 'ASTHMA' akan kekal menghidapnya. 'ASTHMA' tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.




SUMBER : www.epetua.com





No comments:

Post a Comment