Salam Ceria Cemerlang.....
Kepada pengguna setia PAD HERBA AVAIL BEAUTY, kini masanya untuk anda.....
kami menawarkan jualan secara runcit dengan harga srendah RM8 hingga RM10 sahaja bagi setiap belian secara runcit.....Kepada anda yang berminat boleh SMS 012-9440135 untuk maklumat lanjut....
promosi berakhir pada 1 NOVEMBER 2012...
Terima Kasih to ALL valued CUSTOMER....:)
Sunday, 9 September 2012
Tuesday, 19 June 2012
Promosi 1/2 TAHUN dan peluang mendapat komisen menarik sebagai pengedar ...
Salammm ...
Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar PRODUK AVAIL BEAUTY....dengan komisen yang menrik....pelbagai insentif boleh hubungi kami .....
MAKLUMAN...PROMOSI 1/2 tahun sedang berlangsung....berminat sila PM kepada kami atau SMS sahaj....Q
Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar PRODUK AVAIL BEAUTY....dengan komisen yang menrik....pelbagai insentif boleh hubungi kami .....
MAKLUMAN...PROMOSI 1/2 tahun sedang berlangsung....berminat sila PM kepada kami atau SMS sahaj....Q
Monday, 9 April 2012
PROMOSI SUKU TAHUN 2012....FREE POSTAGE....
SALAMM....
KEPADA SESIAPA SAJA YANG BERMINAT MENDAPATKAN PRODUK KAMI DENGAN HARGA ISTIMEWA SEMPENA PROMOSI SUKU TAHUN 2012, DISKAUN PRODUK SEHINGGA 70% DAN FREE POSTAGE......
CEPAT HUBUNGI KAMI SEKARANG.....
SELAGI STOK MASIH ADA....
PRODUK TERLARIS....I-FOOD UNTUK DIET ANDA......POTONGAN SEHINGGA RM60...
DAPATKAN SEKARANG...
PEK PERCUBAAN GREENFIT HANYA RM 19 TERMASUK POSTAGE......
HUBUNGI KAMI SEKARANG....012-9440135 / 017-4526744
KEPADA SESIAPA SAJA YANG BERMINAT MENDAPATKAN PRODUK KAMI DENGAN HARGA ISTIMEWA SEMPENA PROMOSI SUKU TAHUN 2012, DISKAUN PRODUK SEHINGGA 70% DAN FREE POSTAGE......
CEPAT HUBUNGI KAMI SEKARANG.....
SELAGI STOK MASIH ADA....
PRODUK TERLARIS....I-FOOD UNTUK DIET ANDA......POTONGAN SEHINGGA RM60...
DAPATKAN SEKARANG...
PEK PERCUBAAN GREENFIT HANYA RM 19 TERMASUK POSTAGE......
HUBUNGI KAMI SEKARANG....012-9440135 / 017-4526744
Sunday, 12 February 2012
~~ KHASIAT KLOROFIL ALFALFA DALAM GREENFIT ~
-MEMPUNYAI SISTEM AKAR YANG PANJANG
-MERUPAKAN MAKANAN YANG LENGKAP KERANA
MENGANDUNGI 15 MINERAL, 10 VITAMIN, 8 ENZIM
DAN JUGA FIBER.
-IA JUGA KAYA DENGAN MIKRONUTRIEN YANG MEMBANTU
SISTEM BADAN BERJALAN LANCAR.
-PENGAMAL PERUBATAN HERBA MENGESYORKAN ALFALFA
UNTUK PENYAKIT YANG KURANG NUTRISI, LEMAH DAN
SAKIT BERPANJANGAN.
** MEMBANTU PELBAGAI MASALAH :
- SEMBELIT
- GASTRIK
- PENYAKIT USUS
- KURANG DARAH
- BADAN DAN KAKI BERBAU
- AWET MUDA
- BERFUNGSI SEPERTI KACIP FATIMAH (MERAWAT
MASALAH KEPUTIHAN, MEMBANTU HUBUNGAN SUAMI
ISTERI & MEMBANTU PEMBESARAN PAYUDARA)
Tuesday, 24 January 2012
Wednesday, 18 January 2012
~~ chinese new year SALE ~~
PROMOSI TAHUN BARU CINA !!!
DAPATKAN SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA !!!
HARGA MURAH !!! '
FREE POSTAGE !!!
SMS / CALL : 019-3644864 / 012-9440135
Sunday, 15 January 2012
Saturday, 14 January 2012
~~ penyakit ASTHMA ~~
Serangan 'ASTHMA' pada kanak-kanak selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa. Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap 'ASTHMA' akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun. Bagi kanak-kanak menghidap 'ASTHMA' yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 – 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 – 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh. Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat 'ASTHMA' akan kekal menghidapnya. 'ASTHMA' tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.
SUMBER : www.epetua.com
~~ masalah ALAHAN ~~
'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan
berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki
badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku.
Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.
Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit
selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari
atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh
berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia
membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit
jika tidak mendapat rawatan perubatan.
Penyebab ALAHAN :
• Tumbuh-tumbuhan.
• Makanan.
• Ubat-ubatan.
• Debunga.
• Sengatan lebah.
• Gigitan.
berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki
badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku.
Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.
Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit
selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari
atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh
berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia
membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit
jika tidak mendapat rawatan perubatan.
Penyebab ALAHAN :
• Tumbuh-tumbuhan.
• Makanan.
• Ubat-ubatan.
• Debunga.
• Sengatan lebah.
• Gigitan.
AVAIL PRO POLIS DAPAT MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA !!!
HANYA PERLU TITIK DI DALAM MULUT / DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR
KEGUNAAN UNTUK SEISI KELUARGA
- KENCING MANIS
- ALAHAN / ALERGIK
- JERAWAT
- MIGRAIN
- KELETIHAN
Friday, 13 January 2012
~~ kenapa TANGAN KEBAS ~~
Selalukah anda merasa kebas tangan? Jika anda merasa kebas tangan dan ia berlaku berulang-ulang, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena atau mungkin ada berlaku kerosakan atau penyakit pada saraf di jari, pergelangan tangan, tangan, lengan atau leher. Kerosakan saraf di tangan mungkin disebabkan oleh kecederaan semasa menjalankan aktiviti yang lasak seperti menaip, menggunakan tetikus komputer, atau mengendalikan mesin/kejenteraan yang bergetar kuat. Oleh itu, eloklah dapatkan diagnosis yang betul daripada doktor supaya punca sebenarnya dapat diketahui.
Pembengakakkan di sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.
Tangan kebas juga merupakan salah satu daripada tanda awal serangan strok/angin ahmar….. jadi, kebas tangan ini jangan dipandang remeh sahaja.
SUMBER : sitik.wordpress.com
Wednesday, 11 January 2012
~~ HAID yang NORMAL ~~
Ciri-ciri haid yang normal ialah:
1. Darah yang keluar jelas diketahui adalah darah haid dan tidak mendatangkan was-was. Ia berwarna merah dan pekat.
Menurut nabi Muhammmad s.a.w. beliau mengatakan darah haid adalah darah yang merah dan jelas. Pada tuala wanita bila ia mula keluar ia memancut-mancut dan terasa derasnya keluar dari faraj. Ia kelihatan seperti darah yang berwarna merah seperti biji saga dan apabila tinggal lama pada tuala wanita berubah warna coklat kehitaman.
2. Pada kebiasaannya purata hari darah haid akan keluar ialah selama 6-7 hari.
Setiap individu mempunyai purata hari yang berbeza. Ada yang datang 3 hari ada yang datang 4 hari dan ada juga yang datang sepuluh hari. Buat panduan, sekiranya wanita itu mengalami haidnya secara tetap untuk hari-hari tersebut selama setahun maka anggaplah itu normal. Purata yang diberi adalah 6-7 hari. Jika ia dalam lingkungan 3-10 hari ia dianggap masih normal jika ini adalah rutin kitaran haidnya. Sebagai contoh jika seorang wanita mengalami haid sebanyak 3 hari sahaja, bolehlah ia dianggap darah haidnya yang keluar pada normalnya adalah 3 hari sahaja. Akan tetapi jika haidnya keluar sebanyak 5 hari tiba-tiba pada satu masa maka ini masih normal kerana ia dalam lingkungan purata yang normal. Untuk kes kedua jika haidnya selalunya adalah 10 hari dan sifatnya seperti darah haid serta makin kering pada hari kesepuluh dan tiba-tiba menjadi semakin panjang dan darahnya masih banyak, apabila melebihi sepuluh hari ini dianggap darah penyakit atau darah istihadhah. Yang penting dia mestilah mengetahui apakah kebiasaanistihadhah. yang dialaminya sewaktu pendarahan haid setiap bulan. Buat panduan, jika was-was tanyalah diri anda sama ada sifat darah itu seperti darah haid anda yang biasa dialami dan adakah ia keluar dari apa yang biasa yang anda alami serta juga adakah ia menimbulkan was-was pada anda. Jika dia merasakan darah adalah di luar dari kebiasaan yang dialaminya, maka ini petanda ia merupakan darah penyakit yakni darah.
3. Kitaran haid pada puratanya ialah 28-32 hari.
Ini adalah lingkungan yang relatif pada individu. Setiap individu mempunyai lingkungan tersendiri. Jika haid lari saya menganggap 27-32 hari adalah dalam lingkungan yang normal. Adakalanya kitaran haid menjadi tidak menentu pada satu-satu masa. Ia masih boleh diterima jika kitaran haid anda tiba-tiba datang sekitar 21-45 hari pada bulan-bulan tertentu. Kitaran haid kadang-kadang datang awal dan kadang-kadang datang lewat. Saya memberi anggaran keluar dari median sebanyak 7-14 hari memandangkan emosi wanita bergolak. Jika mengalami tekanan emosi haidnya akan datang awal atau lewat. Stress menghadapi peperiksaan boleh melewatkan period atau mempercepatkannya. Tetapi jika keadaan ini berpanjangan sampai enam bulan ke atas dan hari-harinya tetap di antara 21-45 hari ini petanda haid anda sudah menjadi tidak normal dan terganggu.
4. Pada kebiasaannya sebanyak 50-60ml darah hilang setiap kali haid.
Penggunaan tuala wanita sebanyak 1-2 kotak adalah normal. Buat kebanyakkan wanita pada hari pertama hanya darah pra-haid akan keluar. Sifatnya sedikit sangat, bukan setompok, berlendir dan mungkin berwarna hitam, coklat kemerahan ataupun kuning keputihan. Ada jua yang mengatakan ia berwarna oren. Mereka boleh sembahyang tetapi perlu membersihkan dari kekotoran itu. Apabila turun darah haid yang banyak dan sifatnya merah pekat dan jelas inilah hari pertama haid anda dan anda tidak diwajibkan sembahyang. Darah yang banyak akan keluar sehingga perlu menukar pad 2-3 jam sekali, dan keadan ini berlanjutan sampai 3-4 hari. Selepas itu darah yang keluar berkurangan dan pada hanya perlu ditukar sebanyak 4-6 jam sekali sahaja. Biasanya pada hari ketujuh darah hampir kering dan pada hanya perlu ditukar sekali sehari sahaja.
5. Senggugut
Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp' di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang. Ada dua jenis sengugut yang dialami wanita. Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal dipanggil primary dysmenorrhea. Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini.
Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas beranak. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda keujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simtom-simtom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat di organ peranakan itu.
SUMBER : www.hamidarshat.com
~~ HAID anda ~~
HAID yang dialami oleh setiap individu berbeza dari seorang ke seorang. Berikut merupakan satu contoh sahaja, namun ia boleh berbeza-beza dari seorang ke seorang.
Pada kebiasaannya pada hari pertama haid tidak keluar begitu banyak, haid bertambah pada hari kedua dan ketiga. Pada hari keempat ia mula berkurangan dan pada hari kelima ia hampir kering, pada hari keenam dan ketujuh darah kering langsung dan meninggalkan mungkin kesan spotting seperti bintik-bintik coklat pada seluar dalam atau pada panty-liners. Ia nampak seperti seurat lendir yang berwarna kehitaman ke coklat kemerahan.
Lendir ini akan keluar bercampur sedikit dengan darah berwarna coklat dan ia mungkin berlarutan selama beberapa hari. Haid dianggap berhenti jika tidak ada lagi kesan darah merah yang keluar dari rahim. Purata darah yang keluar dalam jangka masa haid ialah dua hingga tiga auns (100mls). Ini sama seperti penggunaan satu hingga dua kotak tuala wanita.
Sesetengah wanita mengalami pengeluaran lendir bercampur sedikit tompok-tompok darah yang kecil untuk beberapa hari sebelum keluar haid (Premenstrual staining) manakala ada setengah pula yang mengalami darah haid berekor-ekor (Post-menstrual staining). Kedua-dua keadaan ini dipanggil spotting dalam bahasa inggeris.
Kedua-dua keadaan tersebut mungkin menandakan bahawa samada wujudnya sejenis gangguan hormon yang tidak seimbang atau mungkin juga terdapat penyakit pada rahim. Jika seorang wanita mengalami spotting lebih panjang dari waktu haidnya yang tetap, darah itu dianggap sebagai darah istihadah dan dia boleh mengambil ghusul untuk menyucikan diri supaya dia boleh beribadah. Dia juga perlu berjumpa doktor untuk mendapat diagnosis untuk keadaannya itu.
~~ ENDOMETRIOSIS jejaskan peluang untuk MENGANDUNG ~~
Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, ‘dalam’, dan metra, ‘rahim’. Ia membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita.
Pada setiap bulan ketika wanita mengalami kitaran haid, mereka akan kehilangan darah yang terdiri daripada tisu-tisu endometrium. Lapisan endometrium yang terletak di tempat yang sepatutnya, iaitu tempat normal keadaannya di dalam rahim, ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada seseorang wanita tersebut. Bagi wanita yang sihat tubuh badannya, lapisan endometrium akan gugur dan keluar melalui faraj. Sekiranya ia gugur, ia akan gugur sebagai darah haid sebagaimana setiap wanita mengalaminya pada setiap bulan.
Tetapi, bagi pengidap endometriosis, tisu-tisu endometrium yang terletak di luar rahim atau kawasan sekitar sistem reproduksi wanita, iaitu secara abnormal, ketika tisu-tisu endometrium itu gugur, ia tidak dapat keluar dari kawasan pelvis tersebut kerana tiada laluan keluar selain daripada faraj. Justeru itu, pendarahan dalaman akan berlaku di ruangan pelvis. Ini mengakibatkan proses penguraian darah berlaku hasil daripada tisu-tisu endometrium yang tertanggal yang menyebabkan keradangan pada kawasan sekitarnya. Wanita yang mengidap penyakit endometriosis ini akan merasai kesakitan dan tisu-tisu parut mulai terbentuk akibat keradangan tersebut. Kebiasaannya, tisu-tisu endometrium yang abnormal sering ditemui di kawasan ruangan pelvis yang merangkumi kilang telur (ovari), dinding salur Fallopio, usus kecil, pada bahagian otot rahim, belakang rahim, pangkal faraj, kawasan pundi kencing, ligamen di rahim dan dinding abdomen. Ada juga kes endometriosis yang berlaku pada kulit, paru-paru, diafragma (paru-paru), dan otak tetapi kes ini berlaku sangat jarang terjadi.
Simptom utama endometriosis adalah kesakitan ketika haid (senggugut) yang teruk dan berulang-ulang. Kesakitan yang dialami tidak semestinya berkait rapat dengan tahap endometriosis yang teruk.
Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kombinasi kedua-duanya. Walau bagaimanapun pesakit harus sedar bahawa proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan berlaku sepanjang hidup. Jadi risiko untuk mendapat penyakit ini berulang adalah tinggi. Rawatan ubat sahaja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit tetapi tidak akan menghalang endometriosis dari merebak.
Dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan pembedahan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu-tisu yang baru terjadi akan dibakar dengan mengunakan alat khas.
Namun rawatan secara pembedahan juga tidak menjamin bahawa kawasan endometriosis atau simptom endometriosis tidak akan berulang kembali.
Kaedah pembedahan membolehkan doktor membetulkan kedudukan rahim jika kedudukan asal rahim berubah. Setelah ia diperbetulkan, bahagian pelvik serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan bahan kimia yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika salur Fallopio tersumbat, keadaan ini juga boleh diperbetulkan ketika pembedahan.
Pembedahan yang dilakukan termasuklah secara ablasi endometrium, pembuangan sista (sistektomi) dan akhir sekali pembuangan rahim (histerektomi) jika perawatan endometriosis gagal secara ubat-ubatan, rawatan hormon dan juga selepas sistektomi.
SUMBER : www.mummynemo.com
~~ 2 jenis SENGGUGUT ~~
Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".
Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil SENGGUGUT PRIMER (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua SENGGUGUT SEKUNDER(secondary dysmenorrhoea).
SENGGUGUT PRIMER berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman.
Senggugut jenis ini lazimnya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan. Senggugut ini memang biasa (23 hingga 25 peratus) melanda remaja seperti adik.
Kesakitan senggugut ini berlaku hanya untuk satu atau dua hari saja sewaktu pendarahan haid. Lazimnya kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol.
Kesakitan senggugut primer ini disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat.
Seseorang wanita perlu memahami punca kesakitan senggugut primer ini untuk mengelakkannya daripada berasa susah hati dan berfikiran bukan-bukan.
Oleh sebab kesakitan kuat yang dialami, ada wanita memikirkan bahawa dia diserang penyakit yang serius dan seterusnya akan menyebabkan kesukaran hamil. Dengan mengetahui puncanya, rawatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.
Kadangkala dengan kefahaman ini juga, rawatan minda tanpa ubat-ubatan sudah cukup untuk memberikan kesan yang baik.
Jika kesakitan berlaku terlalu teruk sehinggakan mengganggu kerja harian seperti terpaksa bercuti daripada ke sekolah atau berkerja, rawatan dengan ubat-ubatan perlulah diberikan supaya perjalanan hidup harian boleh berlaku seperti biasa walaupun dengan kedatangan haid.
Penggunaan pil perancang boleh mengelakkan kesakitan senggugut kerana pil ini akan menghalang proses ovulasi. Lazimnya rawatan jenis ini akan diberikan kepada wanita yang lebih tua dengan kemungkinan pada masa yang sama mereka memerlukan kaedah untuk menjarak kelahiran anak.
Lazimnya, rawatan kepada remaja seperti adik adalah melalui ubat-ubatan untuk menahan kesakitan ketika kedatangan haid saja. Kumpulan ubat-ubatan yang diberikan adalah daripada kumpulan (NSAIDS).
Keberkesanan ubat-ubatan jenis ini adalah mencapai 80 peratus. Kejayaan ini diperoleh kerana ubat-ubatan jenis ini menghalang pengeluaran prostagladin daripada dinding rahim. Oleh itu, pengambilan ubat ini perlulah dilakukan sebaik saja pendarahan haid bermula ataupun apabila mula terasa sakit.
Sakit gastrik adalah salah satu kesan sampingan daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan ini yang lazim berlaku.
Jika rawatan di atas gagal untuk merawat kesakitan senggugut, besar kemungkinan kesakitan itu bukan disebabkan oleh senggugut primer.
Bagaimanapun, kesakitan mungkin disebabkan SENGGUGUT SEKUNDER yang timbul daripada masalah penyakit pelvis. Oleh itu, siasatan perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit itu dan rawatan yang tepat untuk penyakit perlu diberikan.
SUMBER : www.bharian.com.my
~~ masalah KEPUTIHAN & jangkitan KUMAN ~~
Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.
Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samadamereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.
KEPUTIHAN SEBAGAI TANDA PENYAKIT :
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.
JENIS-JENIS JANGKITAN KUMAN :
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.
i. KUMAN :
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama Trichomonas sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk
ii. KULAT :
Kulat yang digelar dengan nama Monilia atau candida sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.
iii. VIRUS :
Virus seperti herpes dan chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.
Monday, 9 January 2012
PROMOSI PEK PERCUBAAN GREENFIT...
DAPATKAN PEK PERCUBAAN GREENFIT UNTUK KESIHATAN GASTROUSUS ANDA DENGAN HARGA PROMOSI SEKARANG;
HARGA BIASA : RM 20
KINI (PROMOSI) : RM 17 SAHAJA
DAPATKAN SEKARANG SELAGI STOK MASIH ADA....
SMS@CALL : 012-9440135 / 017-4526744
Subscribe to:
Posts (Atom)